SAHABAT PEMBACA! =)

Wednesday, September 3, 2008

COMEL DAN…COMOT???

Sudah lebih satu minggu Majlis Perhimpunan Agung Tahunan PKPIM yang ke 47 (MPAT-47) berlalu. Hangat dan dinginnya masih ada saki bakinya. Kepimpinan mereka yang dihormati, kepincangan mereka kita insafi. Oh, manusia!!! Inilah lumrahmu… menyangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Tidak mahu kutulis banyak komentar mengenai MPAT-47. Siapa tahu, tahulah…yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan.

Sayang, rindu, kasih dan cinta bersatu di dewan muktamar. Pertemuan itu paling bermakna setelah berbulan2 dipisahkan Laut China Selatan. Rindok mena ati ketika mana bersua jasad dan semangat dengan sahabat2 PERKEPIS pusat. Bateri yang lemah seolah2 dicas kembali, wayar2 yang putus seolah2 dipateri…

Alhamdulillah, pertemuan singkat ini sekadar mencukupkan syarat untuk berta’aruf dengan lebih dalam dan dekat. Baruk kenal sapa gerangannya Kak Ni dan Fatimah. Kehadiran Kak Siti dan Azwani (semestinya) yang pernah bersama di medan PERKEPISMA mengingatkan zaman2 perjuangan di masa mudak2 dolok. Sik lupak Kak Hamas, Kak Dijah, dan Mizah…ukhti2 yang sentiasa menjadi rujukanku kala ini. Jua sahabat2 HEWI PERKEPIS yang sik dapat ditaip namanya di sitok. Trimak kasih atas kedatangan antunna.

“COMEL, KITAK ADALAH KAKAK KINEK TOK”…ini kata2 keramat Kak Hamas sekaligus menekankan siapa aku ini. Sepanjang 4 tahun lepas, aku masih ingin ‘disuap’, diberi dan menerima. Masa berlalu…tiada persediaan hebat untuk menjadi ‘kakak’ sehingga satu tahap aku tersedar mujahidah2 di sekitarku tiada lagi di bangku ini kerana komitmen mereka bersambung di tempat lain. Runsing, takut, dan tidak yakin. Ilmu yang belum cukup, cukupkah untukku terajui bahtera ini?? Hikmah pertemuan kita. Katanya lagi, dibahuku terpikul satu beban yang lebih besar dari adik2. Siapa lagi tempat mereka merujuk kalau bukan aku. Terima kasih, Ummi…terima kasih atas peringatan ini…

Kenangan terindah adalah kenangan bersama ‘kembarku’…terkembar pulak… Inilah kembarku, COMOT!!! ;p Semoga ukhwah kita berkekalan fid dunya wal akhirah!! Salam jihad dari si perantau… :)

3 comments:

nurul_insani said...

Apabila segalanya hanya untuk mengharapkan keredhaan ALLAH semata-mata, insyaALLAH, semangat itu takkan luntur dan ketakutan itu akan kehilangan beransur-ansur...perjuangan kita terlalu sedikit berbanding Rasulullah s.a.w dik... Chiayok!

Khairul Anwar Shazali said...

disuap utk dimakan,
dimakan utk dihadam,
dihadam utk membina,
membina utk menyuap yang lain...

HaMas said...

Bi iznillah...kepada Allah semuanya akan kembali...
Bila adik-adikmu merujuk kepadamu, pimpin dan ajarkan mereka bagaimana untuk kembali (merujuk) kepada Allah dan Rasul, kelak insyaAllah akan terserlah kekuatan ayat
"Tiada daya dan pertolongan melainkan daripada Allah"
"Hanya kepada Allah kami berserah dan kepada Allah kami meminta pertolongan"
dalam diri mereka... amin