SAHABAT PEMBACA! =)

Monday, August 4, 2008

TA’ARUF WEEK JULY INTAKE 08/09

Pertama kali orang melibatkan diri dalam program besar UIA ini. Menjadi warga kerja Ta’aruf Week July Intake 08/09 sememangnya bukan mudah. Orang ada keinginan untuk membuat permohonan menjadi urusetia program ini kerana orang tidak kemana-mana pada cuti semester pendek lepas (23Jun-6Julai). Pada hemat orang, jika sudah alang2 orang tidak pulang, baik orang penuhkan masa cuti itu dengan pengalaman baru ini.

Kali pertama orang menjejakkan kaki orang dalam induksi program (23-28 Jun), orang rasa kekok dan janggal. Orang diletakkan di bawah biro pendaftaran, terdiri dari 19 orang yang lain, seorang ketua dan seorang pembantunya. Jumlah keseluruhan = 22 orang. Apa yang membuatkan rasa kekok pada awal2 perkenalan sesama ahli biro adalah kerana tiada seorang pun yang orang kenal. Kami dikumpulkan dari jurusan yang berbeza2. Hari pertama induksi orang jadi pendiam.

Berlanjutan ke hari2 seterusnya, komunikasi orang dan sahabat2 lain semakin baik. Orang sangat bersyukur kerana orang boleh ‘masuk’ dengan karenah budak2 ini. Jauh di sudut hati orang, alangkah baiknya program2 besar seperti ini dikendalikan oleh pemimpin yang fikrahnya Islam yang akhirnya pasti akan dicontohi oleh anak2 buah yang lain. Suara orang terpendam di hati kerana orang2 sebegini sudah pulang bercuti. Orang percaya mereka jua ada tanggungjawab yang lebih aula di tempat sendiri. Namun dari sudut hati orang juga, kalau tiada orang yang boleh mengajak sahabat2 orang ini, maka inilah masanya orang main peranan.

Rupa2nya, orang menjadi perhatian juga di kalangan rakan2 biro sehingga orang mendapat satu gelaran iaitu “ustazah”. Hahahaa...nak tergelak orang...diam2 orang ni pun terkena juga dengan gurauan mereka. Ustazah itu pula mereka gambarkan seperti watak pelakon Khatijah Tan dalam cerita Dunia Baru yang memegang watak sebagai mak kepada Muhd Adif. Masya-Allah…penat juga orang melayan mereka. Tapi orang boleh merasakan ini langkah pertama mengenali cara hidup anak2 muda seusia hari ini: apa yang mereka sukai, apa yang selalu menjadi topik perbualan, dan lain2 hal lagi. Apa yang orang selalu lakukan: mula2 berbual biasa sehingga sampai titik persilangan (point of intersection) dan itulah saatnya tidak banyak pun sedikitlah “perasa tambahan” agar perbualan asalnya tidaklah sia2 belaka. Moga2, rakan2 orang ini dibukakan hati.

Sepanjang 2 minggu, kami disogokkan dengan beg2 ta’aruf dan segala benda yang perlu di masukkan sekali dalam beg tersebut. Ketua kami awal2 sudah mengingatkan bahawa biro ini paling membosankan kerana behadapan dengan benda2 yang seperti ini setiap hari. HIPOTESIS DIBUKTIKAN BENAR!! Biro orang kalau sudah tiada tugas, masing2 seperti bangkai bernyawa. Tapi, sekali ada kerja yang perlu diselesaikan, kamilah yang paling sibuk. Bilik operasi kamilah yang paling tidak kemas, penuh dengan berpuluh2 guni pakaian dan beg. InsyaAllah, ia mencukupi untuk lebih 1600 orang adik2 baru.

Setibanya di hari pendaftaran adik2 dari Pusat Matrikulasi UIAM Petaling Jaya dan Nilai, orang demam teruk. Mana tidaknya, bilik operasi sejuk membeku, panas, sejuk, panas, sejuk, akhirnya orang lemah di hari pertama. Hari pertama, orang hanya sempat berada di sesi mengedarkan beg2 ta’aruf sahaja. Malamnya, orang terkurung seorang diri di kamar F3.5d, Mahallah Asma.

Menghadapi hari2 seterusnya, orang mendengar cerita bahawa pelajar2 baru amat tidak terkawal sehingga ramai urusetia yang tidak tahan dan tertekan. Orang tidak sepenuhnya bersama dengan pelajar baru hanya mendengar sahaja. Tapi, orang ingat lagi ketika slot Campus Tour, orang tiba2 dimaki hamun oleh sekumpulan budak2 KAED. Terkejutnya orang bukan kepalang…bila berkumpul semula di bilik operasi, orang terus rasa nak menangis dah. Seorang sahabat pelik lalu bertanya apa yang sudah terjadi. Didesaknya agar diluahkan apa yang berlaku. Bukan orang tak mahu meluahkan, tapi orang mahu bertenang dahulu, kalau tidak pasti akan “hujan” jika diceritakan dalam keadaan sebegitu.

Itulah pengalaman orang yang tidak sesekali orang lupakan. Ramai adik2 baru ini tidak gemarkan program ta’aruf sebegini. Sebenarnya, mereka geram dengan urusetia dari biro disiplin dan ibadah yang diberitakan agak tegas dan garang. Tapi, budak2 ini tengok sahaja urusetia yang pakai baju merah atau hijau, terus sahaja dihentam. Orang salah seorang mangsanya. Bagi adik2 ini juga, terjejak sahaja kaki mereka di sini, maka there’s no more rules and regulations.!!!

Namun, inilah pengalaman. Suka, duka, pahit dan manis itulah pelengkap suatu pengalaman. Orang tidak akan serik lagi selepas ini. Bagi orang, pemimpin2 Ta’aruf Week UIAM sepatutnya terdiri daripada mereka yang gilakan dakwah. Kerana inilah cermin yang pertama sekali kita pamerkan kepada masyarakat dan adik2 baru ini.



No comments: