SAHABAT PEMBACA! =)

Thursday, August 14, 2008

KOLOKIUM PENDIDIKAN MAHASISWA ISLAM SARAWAK

"Kak Raufa!".
Tersentak mendengar namaku dipanggil. Terkebil2 mencari arah suara itu.
“Eh, ya Allah!…Jijan duhal. Sik prasan tek (Jijan rupanya, tak perasan tadi)”.
Keadaan mamai menyebabkan aku hilang topik untuk dibicarakan. Sejurus sahaja habis kelasku di Kulliyah of Economics, aku bergegas ke Masjid SHAS. Tujuan hakikiku adalah ingin tidur. Sesungguhnya aku berasa ‘berdosa’ dengan pensyarah subjek Ekonomi tadi kerana rasa mengantukku sudah tidak boleh diselamatkan lagi. Lebih baikku tidur dahulu sementara menunggu kelas seterusnya.

10.45 pagi aku keluar dari masjid, terserempak pula dengan Azizan. Sempat berbual pendek, katanya Umar demam. ‘Moga cepat sembuh…’, doaku. Sesungguhnya memang agak kepenatan hujung minggu lepas. Namun, aku rasa kepenatan ini berbaloi kerana semuanya untuk umatku di Sarawak kelak.

Kolokium Pendidikan Mahasiswa Islam Sarawak telah berlangsung di Institut Perguruan Bahasa-bahasa Antarabangsa, Lembah Pantai pada 9-10 Ogos 2008 lepas. Maka berhimpunlah mahasiswa-mahasiswa yang berasal dari Sarawak dari beberapa IPTA yang dijemput. Namun, boleh kukatakan hasil kolokium ini adalah ‘kualiti mengatasi kuantiti’. Pada hematku, mungkin rakan2 PERKEPISMA ‘rindok ati’ melihat kehadiran mereka kerana ini adalah peluang kaderisasi. Namun, apa yang lebih penting dari itu adalah berita2 baik yang diwar2kan di dalam kolokium ini oleh speaker2 yang hebat2 belaka.

Senyum sorang2 bila teringatkan keadaan majlis yang dikendalikan dalam Bahasa Melayu + Bahasa Sarawak. Apatah lagi, rasanya sudah lama aku tidak melihat barisan kepimpinan kerajaan negeri Sarawak dan memang peluang ini kuhargai kerana mampu melihat malah berinteraksi dengan mereka dengan jarak dekat…nang rindok!!!

Berkampung 2 hari di sana, membuka minda para mahasiswa agar lebih peka dan tahu tentang hal ehwal negeri masing2 walaupun merantau jauh beribu batu. 5 kertas kerja dan 2 taklimat telah dibentangkan.

KK1: Pernyertaan dan Prestasi Pelajar Islam Sarawak Dalam Pendidikan Rendah dan Menengah – oleh YB Julaihi.
KK2: Penyertaan dan Prestasi Mahasiswa Sarawak Dalam Pendidikan Peringkat Pengajian Tinggi – oleh YB Shahreen.
KK3: Penyertaan dan Penglibatan Orang Islam Dalam Sektor Ekonomi – oleh Prof. Abdul Rahman Deen.
KK4: SCORE dan Pembangunan Ekonomi di Sarawak. – oleh Encik Ismawi.KK5: Penbangunan Sosio – Budaya dan Politik di Sarawak : Isu dan Cabaran. – oleh Dr. Awg. Hasmadi Awg Mais.
T1: Kedudukan Orang Melayu Dalam Perkhidmatan Awam dan Dunia Korporat – oleh Hj. Sarudu.
T2: Dapatan Hasil Kajian Sosial Mengenai Masyarakat Islam di Sarawak – oleh Dr. Napsiah.

Antara kertas2 kerja yang dibentangkan ini, yang paling menarik perhatian aku (rasanya kami semua) adalah KK4 iaitu mengenai SCORE. “I can say it as the second wave of prosperity…( Saya boleh kata ini adalah gelombang kedua pembangunan)”, inilah yang dikatakan oleh Encik Ismawi. Apa yang aku faham adalah, SCORE ataupun Sarawak Corridor of Renewable Energy adalah salah satu langkah kerajaan negeri Sarawak untuk meneruskan ataupun menjana pembangunan di negeri kami melalui . Melibatkan wilayah tengah Sarawak iaitu dari kawasan Tanjung Manis hingga Sg. Samalaju, kira2 70708 km/sg dan jumlah penduduk di kawasan ini adalah dalam lingkungan 862100 orang penduduk. Ia telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak YAB Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di Bintulu pada 11 Februari 2008.
Melihat kepada keadaan sekarang, kadar inflasi yang meningkat adalah disebabkan oleh kenaikan nilai barangan dan perkhidmatan. Maka, SCORE juga adalah sebagai satu langkah untuk menyeimbangkan keadaan ini. Antara elemen2 utama SCORE adalah:

1. Tenaga (Energy) – Penjanaan dan pengaliran
2. Infrastruktur – Jalan raya, lapangan terbang, pelabuhan dan utility.
3. Penubuhan Institusi – Regional Corridor Development Authority (RECODA)
4. Industri – Berasakan tenaga dan berintensifkan tenaga.

Kemuncak kolokium adalah saat2 berlangsungkan bengkel. Inilah masa dan ketika 'tenaga minda' mahasiswa2 yang datang dijana dan diperah sepenuhnya. 11 tajuk bengkel yang dibincangkan dalam 11 kumpulan kecil adalah:

B1: PERSEDIAAN DAN KESEDIAAN PELAJAR UNTUK MASUK IPT.
B2: KESEJAHTERAAN DAN KEBAJIKAN SOSIAL MAHASISWA DI PERANTAUAN.
B3: PEMILIHAN DAN KESESUAIAN KURSUS DI IPT.
B4: ASPIRASI AKADEMIK DAN ALAM KEILMUAN MAHASISWA.
B5: DAYA TAHAN DAN DAYA SAING MAHASISWA.
B6: KEWANGAN & BIASISWA.
B7: AKTIVITI KEMASYARAKATAN & PENGLIBATAN MAHASISWA SARAWAK.
B8: PERSEKITARAN SOSIO-BUDAYA DI IPT.
B9: AGENDA SOSIAL SELEPAS ALAM UNIVERSITI.
B10: PELUANG & PENJANAAN PEKERJAAN BAGI SARAWAK.
B11: PENGISIAN WAKTU CUTI PANJANG MAHASISWA.


Aku dan ahli2 kumpulan iaitu Azwan(UM), Abi(Monash), Jijan(UIAM), Humaira(UM) dan Eda(UIAM)mendapat tajuk bengkel yang kedua. Masalah2 yang kami ketengahkan terbahagi kepada 2: Luaran - Tiada platform induk/berpusat untuk menjaga/mengambil tahu kebajikan pelajar2 Islam Sarawak. Kalau ada pun, belum mampu untuk bergerak secara teratur dann efektif. Dalaman - Pengurusan kendiri(keyakinan diri, kejutan budaya dan kewangan). Kedua2nya saling berkaitan antara satu sama lain. Dan, resolusi yang kami persetujui adalah dengan menubuhkan satu platform/persatuan induk ataupun mengembang dan menambah baik platform yang sedia ada.

Isu persatuan induk ini kerap kali disuarakan sepanjang kolokium. Malahan, ketika ia disuarakan kepada Pen Sri secara langsung, beliau juga menyetujui cadangan ini. Secara peribadinya, aku memikirkan mengenai PERKEPIS. Kami warga PERKEPIS merasakan ketika itu tidak perlu terus memperkenalkan 'produk' ini kepada mereka yang lain sejak dari awal program. Tapi, tiba saat bengkel dibentangkan, sahabat2 PERKEPISMA yang dipertanggungjawabkan untuk mewakili kumpulan masing2 tidak lupa untuk memberikan contoh PERKEPISMA sebagai medan perjuangan mereka selama ini di Tanah Semenanjung ini. Rasa2nya, bukanlah sengaja untuk mempromosi. Tetapi, jika diikutkan pengalaman masing2, memang itulah hakikat yang terhidang di depan mata. Di sudut hati, aku bersyukur kerana masing2 faham dan pandai membawa peranan masing2 tanpa perlu diberitahu. Mudah2an jalan2 kita dipermudahkan dalam membentuk Sarawak yang Islami.

Sejok ati apabila Amad mengulangi kata2 yang penuh harapan dan impian itu : "Alangkah indahnya apabila kita nangga dan nengar urang2 yang dibibirnya sik ilang bahasa Iban, Melano dan sebagainya berkelaka, tapi make tudung...pegi masjid. Alangkah indahnya saatnya..." Masya-Allah...alangkah indahnya...

Setiap kali kata2 ini dilafazkan, andai dihayati sepenuh jiwa, hampir bergenang air mata. Hamba2Mu ini menanti saat itu dengan sepenuh usaha dan doa. Berkatilah usaha kami kepada umat negeri kami ya Allah. Moga impian tertegaknya agamaMu di sana nanti bukanlah tinggal impian sahaja. Makbulkanlah doa dan impian kami ini ya Allah. Engkaulah Tuhan Yang Maha Mengetahui....

No comments: