SAHABAT PEMBACA! =)

Thursday, August 28, 2008

“KAM-BOH”….NANG KAMBOH!!!

"Kam-Boh? Ape tu, Raufa?"

Setiap kali kenalan2 lalu lalang di hadapan gerai kami, inilah soalannya. Apatah lagi, menu Sarawak yang terpampang jarang malah ada yang tidak pernah menjadi santapan mereka. Terpamer ‘Teh-C Peng’ dan ‘Snow Bandung’ yang berlapis2, segelas hijau-putih dan segelas lagi merah-putih…bertambahlah rasa ingin tahu mereka.

Alhamdulillah, seminggu berdagang di tapak Convest Hill, banyak benda baru yang aku dapat. Team Kam-Boh berjuang memperkenal dan mempromosi hidangan dari negeriku. Kadang2 aku di hadapan, memancing pelanggan2. Kadang2 aku di jentera belakang membantu ketua chef. Hehehe…

Laksa Sarawak semestinya menu utama. Pabila dah berkumpul begini, baru kutahu rupa2nya nak masak laksa ini pun ada perbezaan dari segi caranya. Pening juga pabila dihinggapi pelbagai cadangan2 dari pelanggan2 senegeri. Variasi inilah menyebabkan aku terpaksa menerangkan keadaan sebenar. Subhanallah…inilah yang dikatakan sukar untuk memuaskan hati semua orang. Nasib baiklah roti kaya goreng ya nyaman..!! HuuHuu..mok agik...



Terima kasih kepada krew2 KAM-BOH – Nizam, K-rol, Zen, Rosely, Rafilla, Bg Akbar, Bg Zul, Bg Bong, Bg Azrul, Capik, Audi, Ira, Kak Nono, Kak Nadin, Kak Dia, Za’a, Eda, Ju, Wani, Fauz, Ogy dan sahabat2 lain yang membantu secara langsung dan tidak langsung. Kitakurang nang kamboh lah…!!

Selain memantapkan lagi skil masak yang belum benar2 mantap, di situ teruji mujahadah pemantapan iman. Positif selalu dan beringat-ingat bahawa rezeki itu datang dari Allah. Laku ka sik laku bukan urusan kita. Memang benar, keluh-kesah kadang2 datang menyinggah. Maka biarkan ‘Astaghfirullah’ membasah lidah.

Syukur2 ya Allah atas rezeki ini. Bagiku, bukan untung yang dicari. Tapi, dari awal kuingatkan diri. Inilah pengalaman yang tiada berganti. Cukup sekadar ingin membantu rakan2 senegeri dan mencari kepuasan diri.

Dan ini juga latihan perjuangan hidup dan perjuangan iman. Rasalah perit mencari rezeki dan peritnya menjaga iman dalam muamalah sehari2. Sama2lah kita memperbaiki diri…

JUMPA GIK DI CONVEST ’09…INSYA-ALLAH

2 comments:

zen ainohoshi said...

Salam.. raufa, terimak kaseh juak atas kerjasama ktk nulong rah stall KAM-BOH. Nang kamboh. Tapi sesuatu pengalaman yang sik dapat dilupakan. Dari semua sebab kita plan dari dolok dolok, sebenarnya ukhuwah antara kita ya yang penting dan dapat kenal lebih rapat sesama kita semua... Benda yang sikpat dibeli walaupun berjuta keuntungan yang kita dapat. Semoga dapat bekerjasama dilain masa...

SITI RAUFA SUFRINA ABDUL RAUB said...

salam zen, insyaAllah...lain kali tunggah jak. mun available, insyaAllah dapat attend.